Pages

Tuesday 30 October 2012

Interview Ketua Umno Bahagian Batu






KUALA LUMPUR, 8 Dis -- Ketua Umno Bahagian Batu, Datuk Haji Yahaya Mat Ghani berkata, satu program telah dirancang bersama-sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagi mencapai sasaran 5 ribu pengundi baru terutamanya bangsa melayu menjelang Mac 2011. "Sekarang ini di Bahagian Batu, kita mempunyai 44 peratus pengundi melayu dan kita mensasarkan menjelang Mac 2011 pengundi melayu akan mencecah 51 peratus," jelas beliau.


Oleh yang demikian, beliau mengesyorkan agar mereka yang menetap di kawasan Batu haruslah mengundi di Parlimen ini. "Ini adalah sebahagian daripada strategi kita untuk menawan kembali Parlimen Batu menjelang pilihanraya ke-13," terang Yahaya.


Menurut beliau, pada tahun 2008, Barisan Nasional tewas dengan majoriti lebih kurang 9 ribu undi sedangkan pada tahun 2004, BN menang dengan perbezaan undi lebih kurang 12 ribu. "Kekalahan tersebut banyak membuka mata kita agar belajar dari kesilapan. Saranan Perdana Menteri semasa Konvensyen BN yang lalu untuk meletakkan calon yang sesuai untuk bertanding di setiap kawasan menjelang PRU 13 amatlah bertepatan dan kena pada masa," ujarnya.


Setiap calon yang diletakkan haruslah boleh diterima oleh rakyat dan ini akan memastikan BN mampu menang. Umno Bahagian Batu berpendapat, walaupun seseorang itu baik dan diterima di dalam parti tetapi tidak semestinya rakyat menerimanya.


Jelas beliau, walaupun pada pilihanraya 1999, Negara dilanda dengan pelbagai kontroversi politik, namun Parlimen Batu masih mampu mengekalkan kerusinya. Malangnya, 2008 kancah politik seakan dilanda Tsunami. "Inilah iktibar paling baik yang boleh kita ambil dan perbaiki untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak," beliau menjelaskan lagi.


Beliau menegaskan, bangsa melayu tak boleh mengharap kepada parti pembangkang seperti PAS untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Walaupun PAS adalah orang melayu keseluruhannya di dalam parti tetapi ia bukan satu jaminan untuk membela nasib orang melayu. PAS hanya mempunyai 22 kerusi malah PAS bukan parti dominan di dalam PKR. "Jadi hanya Umno yang layak dan telah membuktikan satu-satunya yang mampu memperjuangkan hak-hak orang melayu, tegas beliau.


Ketika di minta untuk mengulas mengenai pemerintahan PKR sepanjang tempoh dua tahun menerajui Bahagian Batu setelah menang di PRU 12, beliau menegaskan PKR sama sekali gagal menunaikan segala janji yang telah di buat.


"Selama dua tahun PKR memerintah di Parlimen Batu, tiada satu pun yang dilaksanakan. Sesekali saya Nampak wakil PKR itu pakai songkok, pakai baju batik, pergi surau, masjid, ada kematian dia pergi. Tetapi dari segi bantuan yang telah dijanjikan semasa PRU yang lepas, dia tak buat apapun.


No comments:

Post a Comment